Blogger Widgets HAZ_KIM: WAKTU DAHULU 'ITU'

About Me

My photo
ipoh, perak, Malaysia
Awak didapati bersalah kerana telah mencuri hati saya..sebagai hukuman awak dipenjara dalam hati saya seumur hidup :)

Saturday, March 26, 2011

WAKTU DAHULU 'ITU'

 Seperti baru2 ini,

Seperti beberapa minggu dahulu,

Sebenarnya sudah sekian tahun dahulu,

Aku masih ingat;

Kenangan seperti tugu,tak terhakis waktu,

Waktu seolah-olah beku,berdiri menunggu.

Aku kira hanya kekasih sahaja selalu dalam ingatan,

Tidak,sahabat pun selalu bermain dalam kenangan,

Hanya kita bercanda,dan tak berkata:aku cinta padamu.

Aku tetap rindu pada gurau senda,

Pada jenaka yang kasar,sindiran yang mencuit,

Sekali salah paham,kemudian memaafkan.

Bukankah persahabatan selalu dalam ketawa?

Sesekali bermasam muka,dan saling melupakan

Ah!!waktu kian berlalu,apakah engkau masih disitu??

No comments:

Post a Comment